Kita sebagai manusia bebas untuk bercakap atau
menyuarakan sesuatu pandangan tetapi mampukah kita memegang setiap percakapan
kita itu. Kita bercakap 24 jam pot pet.. pot pet… tapi perlu ka ehhh.. cuba
kita renungkan diri kita kembali…. Hmmm…
Disini ana mahu kongsi satu hadis yang
di Riwayat al-Bukhari dan muslim :-
-
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari
akhirat, hendaklah berkata-kata yang baik atau diam”
Dalam mengulas hadis
ini, imam al-Syafi’I berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir
dahulu sebelum berkata-kata. Jika apa-apa yang akan kita disampaikan ada baiknya,
maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah
baik kita diam sahaja.
Dalam kebiasaannya
kita akan berkata-kata perkara yang baik-baik sahaja untuk mahu orang lain
selesa dengan dengan diri kita. Kita akan cuba elak menggunakan kata-kata yang
akan menyinggung perasaan sahabat-sahabat kita.
Berkata-katalah hanya
yang perlu sahaja, tanpa meleret-leret dan panjang lebar. Rasulullah s.a.w
sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat
menjelaskan banyak hal.
Seseorang pernah
ditanya “mengapa engkau selalu diam?” dia menjawab, “Aku tidak akan menyesal
kerana diam, tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap.”
Tetapi kita kena
ingat jugak, walaubagaimana pun, kita tidak boleh berdiam diri apabila melihat
kemungkaran didepan mata, oleh itu kita kena bersuara untuk menegakkan
keadilan.
Al imam al-Mawardi
yang merupakan salah seorang ulama tafsi yang terbilang , telah menyenaraikan
beberapa syarat ketika ingin melontar idea atau hendak bercakap ;-
1. Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk
sesuatu keperluan.
2. Ia disampaikan sesuai dengan tempat dan
masanya.
3. Ia difokuskan pada perkara yang berkaitan
dengan apa yang sedang dibicarakan.
4. Ia disampaikan sesuai dengan keperluan.
5. Memilih kata-kata yang tepat, ringkas dan
padat agar sampai maksudnya.
Marilah kita ambil
pengajaran dari apa yang disampaikan moga-moga kita diletakkan di kalangan
orang yang beriman.
k yea... peace.... (^_^)V
hmmm menarik.....
BalasPadamBagus. Teruskan lagi usaha sebegini.
BalasPadam