Sebagai remaja muslim, kita x perlu mencari-cari inspirasi
untuk menjadi manusian yang hebat. Kita mempunyai
al-Quran al-Karim dimana didalamnya terkandung terkandung pelbagai ayat-ayat
yang dapat dijadikan sumber inspirasi kepada kita semua. Disini ingin ana petik
satu ayat darinya yang ingin ana kongsi dengan antum semua yang dapat dijadikan
pegangan kita semua.
“dan janganlah
kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang yang beriman”
Surah ali ‘imran ayat
139
Jika antum bersedih kerana tiada tiada siapa yang ambil
peduli atau tiada tempat hendak mengadukan
untung nasib, janganlah kalian terbawa-bawa dengan perasaan sedih,
sedangkan ALLAH S.W.T telah menjanjikan kepada kita seperti mafhumnya:-
“dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang
berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku
(dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya
mereka menjadi baik serta betul”.
Surah
al-Baqarah ayat 186
Jadi wahai
sahabat-sahabat sekalian janganlah kamu bersedih lagi, sesungguhnya ALLAH ada
bersama kita semua. Bangunlah, dan motivasikan
diri mu agar kita semua dapat menjadi insan yang cemerlang dari semua sudut.
insyaAllah
jika diberi ruang dan waktu ketemu lagi kita disini……. WAKE UP… WAKE UP….
PEACE
YOOOO…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan