Isnin, 23 November 2009

cinta....

CINTA

Cinta……
Apa maknanya itu…
Apa yang dicintai….
Apa yang menyitai….

Cinta….
Ia datang dan pergi…
Datang ibarat angin yang bertiup…
Pergi ibarat taufan yang melanda….

Cinta…
Adakah ia boleh di ertikan kejam….
Apakah yang mengatakan ia adalah kejam..
Apakah jalan penyelesaiannya….?

Cinta..
Carilah cinta yang sejati…
Yang hanya ada pada yang esa….
Carilah cinta yang hakiki….
Yang hanya ada padanya… ALLAH…

Cinta…
Cinta manusia hanya sementara…
Cinta manusia tidak kekal…
Cinta manusia hanya ada pada yang esa…




HASIL NUKILAN : AZHAR RAMLEE
TAJUK : CINTA
TARIKH :08 NOVEMBER 2009

OH KASIH...

OH KASIH



Oh Kasih……
Kau hadir dalam hidup ku…
Ibarat cahaya yang menerangi bumi…
Menemani diri ku ini……

Oh Kasih…..
Ku mohon maaf dari mu…
Cahaya yang kau terangkan selama ini..
Telah ku padamkan nya….

Oh Kasih……
ku pergi membawa diri……
Mencari keredhaan ilahi…
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi..

Oh Kasih..
Ku pergi mencari cinta abadi..
Ku pergi mencari cinta hakiki..
Ku pergi mencari cinta ilahi……..

Oh Kasih….
Salam maaf dari ku…
Salam terima kasih dariku…
Salam akhir dariku…. Kasih….




Hasil nukilan :AZHAR RAMLEE
TAJUK : OH KASIH…..
Tarikh :12.55 am/ 06 november 2009

NASIHAT AL-QAMAH.....5 CARA PILIH SAHABAT

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

PANDUAN INTERAKSI

Garis Panduan Interaksi Muslimin Dan Muslimat

1.0 Muqaddimah

Di dalam Surah Az-Zariyat, Allah menjelaskan secara umum bahawa dia telah menjadikan makhlukNya secara berpasangan. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan bagi setiap sesuatu, Kami telah ciptakan secara berpasangan."

Bagi memakmurkan dunia, Allah telah ciptakan pula makhluk manusia selaku pentadbir dunia ini secara berpasangan lelaki dan perempuan. FirmanNya yang bermaksud:

"Wahai manusia, Kami telah ciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan."

Pada masa yang sama, makhluk manusia yang berpasangan ini dibebankan pula dengan amanah dakwah Islam. Amanah ini merupakan satu tanggungjawab yang dipikulkan secara sama rata samada lelaki mahu pun perempuan. FirmanNya yang bermaksud:

"Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar."

Dalam menunaikan amanah amar ma'ruf dan nahi mungkar itu tadi, sudah tentu mereka memerlukan kepada perhubungan dua hala antara lelaki dan perempuan. Mereka akan saling berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Bagi menjamin da'wah tidak tercemar dan agama terus tersebar, maka Islam sebagai agama yang syumul turut membari garis panduan dan tunjuk ajar bagaimana muslimin dan muslimat berinteraksi antara sesama mereka. Mereka juga diberi tunjuk ajar bagaimana berinteraksi dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka bagi mencapai matlamat da'wah dan mengelak ruang fitnah.

2.0 Objektif Kertas Kerja

Kertas ini akan cuba melihat perkara di atas dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek yang menyentuh realiti da'wah di muka bumi UK dan Eire ini. Ia akan merangkumi aspek:

i) Interaksi sesama saf jemaah
ii) Interaksi dengan individu lain di luar jemaah
iii) Interaksi dengan non-muslim

Sejauh penelitian yang dilakukan terhadap teks Al-Quran dan As-Sunnah, tidak ditemui secara khusus teks yang menyentuh tentang tiga aspek di atas. Tetapi sebagai satu garis panduan umum untuk dijadikan asas perbincangan, ia bolehlah dirujuk kepada beberapa firman Allah s.w.t. seperti berikut:-

1. Surah An-Nur: 30-31
2. Surah Al-Ahzab: 52
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci."

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan menahan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Seterusnya dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab."

Pada kedua-dua ayat Surah An-Nur tadi, Allah telah menjelaskan garis panduan dan tatacara pergaulan antara orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Secara rumusannya Allah menggesa kedua-dua golongan tadi supaya masing-masing menjaga pandangan (samada dengan menundukkan pandangan mahupun memalimngkan ke arah lain) daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal untuk dipandang. Gesaan menjaga pandangan ini pula telah dilanjutkan dengan arahan supaya menjaga kehormatan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat. Dari mainan pandangan mata akan menghasilkan desakan kejiwaan yang tidak baik. Dalam erti, bila mana sesebuah masyarakat menjaga pandangan dari melihat perkara mungkar, maka masyarakat tersebut akan terpelihara daripada terjerumus ke dalam jurang kemusnahan dan hilangnya penghormatan diri.

Atas dasar inilah, Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram berpandangan antara satu sama lain justeru dibimbangi mendatangkan fitnah yang boleh mendorong kepada gejala kerosakan akhlaq yang lebih besar seperti penzinaan dan seumpamanya. Namun bagi pandangan yang tidak disengajakan ia tidak mendatangkan sebarang dosa, sebagaimana yang dimaksudkan dari sabda Rasulullah kepada Saidina Ali: "Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) sementara pandangan kedua pula adalah atasmu (berdosa)."

Daripada keterangan-keterangan tadi, jelas bagaimana Islam mengajar kita supaya menjaga pandangan kerana natijah dari pertembungan pandangan akan mendatangkan gangguan perasaan dan emosi yang mengajak untuk terus mengenali dan menyusuri lebih lanjut. Dengan demikina, kita lihat ulama' salaf menyifatkan pandangan mata sebagai panah yang berbisa sebagaimana pepatah Melayu juga pernah menyebut "dari mata turun ke hati".
Suruhan agar merendahkan pandangan sebenarnya bertujuan supaya jiwa dan hati setiap mukmin sentiasa terjaga dari gangguan dan noda yang boleh merosakkan hubungan kejiwaan dengan Allah s.w.t.

Seterusnya jika dilihat pula kepada tuntutan-tuntutan bagi para mukminat dalam ayat 31 tadi, mereka bukan sahaja dituntut supaya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan, namun lebih dari itu mereka dituntut supaya memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menzahirkan perhiasan kecuali kepada mahramnya. Gesaan ini berjalan seiring dengan tuntutan di atas tadi kerana semuanya itu jika diabaikan salah satu daripadanya, akan menyumbang kepada berlakunya kemusnahan dalam masyarakat.

Kedua-dua ayat tadi meskipun tidak menyentuh secara langsung tajuk perbincangan kita, namun beberapa panduan darinya dapat dipetik dan ia akan disentuh selepas selesai perbincangan umum terhadap maksud-maksud yang dikehendaki dari ayat-ayat berkaitan.

Ayat 53 surah Al-Ahzab secara keseluruhannya pula mengajar orang-orang yang beriman tatacara bertamu dan mengunjungi undangan Rasulullah s.a.w. Allah juga menjelaskan tatacara berinteraksi dengan para isteri Rasulullah s.a.w.. Ini dijelaskan menerusi ayat yang telah dipetik sebentar tadi yang bermaksud: "Dan jika kamu memiinta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang hijab. Itulah yang lebih membersihkan hati kamu dan hati mereka."

Melalui firman ini Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cara berhubung dan berinteraksi antara lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan para isteri Rasulullah s.a.w. (samada meminta sesuatu hajat atau menanyakan sesuatu) melalui belakang hijab. Arahan ini menurut Al-Qurtubi, meskipun ia berkait langsung dengan isteri-isteri Rasulullah namun terpakai kepada para muslimat kesemuanya.

Arahan itu tadi menggesa supaya interaksi yang berlaku antara muslimin dan muslimat (yang ajnabi) dilakukan dengan syarat 'berhijab'.

Hijab merupakan satu batasan yang telah ditentukan oleh syara' membatasi perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan pendinding menjamin interaksi boleh berlaku tetapi mesti berasaskan hijab. Ia tidak membawa maksud perhubungan tidak boleh berlaku, sebaliknya ia boleh terjadi, namun ia mestilah berasaskan hijab. Bagaimana boleh dijelaskan pengertian hujab di sini?

Ayat yang berkaitan dengan gesaan hijab atau menghubungi isteri Nabi melalui hijab hanya terdapat di dalam Surah Al-Ahzab. Sebelum ayat 53 ini, terdapat satu gesaan lain yag berkaitan rapat dengan topik ini iaitu ayat 33. Di dalam ayat 33 ini, Allah menggesa isteri Nabi dan para mukminat agar tidak berhias dengan perhiasan jahiliah. Selepas ayat 53 ini pula Allah, terdapat satu lagi ayat yang juga berkaitan dengan persoalan hijab, iaitu ayat 59. Menerusi ayat 59 Allah menggesa para isteri Nabi dan para mukminah agar melabuhkan jilbab/tudung mereka. Kedudukan ayat-ayat yang saling berkaitan ini mungkin akan dapat memberi gambaran sebenar pengertian hijab yang dimaksudkan oleh ayat 53 surah Al-Ahzab.

Suatu yang agak ketara dan sukar diterima kalau ayat 53 difahami bahawa para sahabat berinteraksi dengan isteri Nabi bagaikan berinteraksi dengan dinding. Mereka bukan bercakap dengan dinding. Kalaulah dinding itu yang dimaksudkan sebagai hijab, maka mungkinkah ia dibawa ke mana-mana dan pada setiap kali mereka ingin bercakap, dinding itu dibuka. Pada logiknya, ia bukan bermaksud begitu, sebaliknya mereka berkata-kata dan isteri nabi pun berkata-kata. Mereka bertanya dan isteri nabi memberi respond. Tinggal lagi ia berlaku dalam suasana hijab. Suasana dimana mereka dilarang berhias dan mengenakan wangian yang mengancam dan memperdengarkan bunyian perhiasan yang memungkinkan dibaca gaya gerak dan rentak mereka. Juga dalam keadaan masing-masing menjaga setiap butiran kata-kata supaya ianya tiada mendatangkan suasana yang boleh merangsangkan hubungan yang tidak islamik.

Kesimpulan ini ada asasnya kerana ayat yang berkaitan dengan hijab ini diletakkan di dalam surah Al-Ahzab. Surah ini adalah surah yang begitu dominan membicarakan perang Al-Ahzab. Kupasan ayatnya adalah dalam semangat jihad dan peperangan. Ini memberi pengertian bahawa hijab di sini tidak mungkin dimaksudkan dengan dinding dan tabir yang mesti digunakan pada setiap kali mereka berinteraksi. Ia sebaliknya mengandungi unsur-unsur spiritual dan penjagaan adab sertakan meraikan suasana. Unsur-unsur spiritual yang dimaksudkan ialah seperti berasaskan prinsip taqwa dan iman. Penjagaan adab pula seperti menjaga mata, menundukkan pandangan, menjaga aurat dan susila berwangi-wangian. Meraikan suasana ialah seperti bertemu di waktu yang sesuai dan tidak berseorangan yang boleh menimbulkan fitnah.

Setelah Allah s.w.t. mendatangkan arahan sedemikian, ia tidak didatangkan hukum semata-mata namun sebaliknya menyusulkan pula sebab hukum atau apa yang dinamakan sebagai 'illat' (sebab mengapa sesuatu hukum ditentukan). Dalam firmanNya yang menyusul kemudian, Allah menyebutkan yang bermaksud : "Dengan demikian ia akan membersihkan hati kamu dan hati mereka". Dengan erti bilamana interaksi dan hubungan itu berlaku dalam bentuk demikian, ia akan membersihkan hati kamu bersama, lebih terjaga kehormatan kamu dan lebih terhindar dari ruang fitnah.

Jika tata susila tadi dituruti dalam bermuamalah dan berinteraksi antara muslimin dan muslimat, maka akan terjaminlah keharmonian dan ketulusan hubungan serta terhindarlah dari ruang fitnah dan tohmahan. Demikian maksud tiga petikan ayat Al-Quran, yang secara tidak langsung menyentuh tajuk perbincangan ini.

Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:
1) Menjaga pandangan masing-masing
2) Menjaga adab-adab berpakaian di dalam Islam
3) Menjaga adab-adab percakapan
4) Meraikan suasana


3.0 Perincian Topik

Sebagaimana yang telah disebutkan di peringkat awaltadi, perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu seperti berikut:-

3.1 Pertama : Interaksi Sesama Saf Jamaah

Dalam menjalankan kerja-kerja Islam dan kehidupan berjemaah, sudah tentunya timbul keperluan untuk berinteraksi antara muslimin dan muslimat. Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Untuk itu ia berlaku di berbagai-bagai tempat dan peringkat serta melalui berbagai-bagai media interaksi. Kadang-kadang dalam majlis yang agak rasmi seperti mesyuarat, pertemuan-pertemuan mingguan, bulanan dan seumpamanya, lalu bersapa antara satu sama lain. Sebagaimana juga kadang-kadang interaksi berlaku secara lisan atau tulisan, samada dengan menggunakan telefon, e-mail dan lain-lain.

Namun kesemuanya itu diikat dengan segala tatasusila dan peraturan yang disebutkan tadi. Lebih-lebih lagi bila mana yang terlibat adalah anggota jamaah Islam yang menjunjung amanah amal Islami. Dengan kata lain, bila mana berlaku interaksi dengan anggota jamaah, muslimin dan muslimat seharusnya masing-masing menjaga pandangan dari berpandangan secara tidak munasabah antara satu sama lain. Selain itu kita seharusnya juag menjaga butiran perkataan yang digunakan supaya ianya tidak melibatkan yang tidak sesuai seperti gurauan dan seumpamanya. Gaya bahasa dan lenggok suara yang digunakan juga tidak sepatutnya sengaja dilunakkan. Pendeknya biar percakapan tersebut ringkas, padat, bermanfaat dan mencapai matlamat.

Selanjutnya, dalam berinteraksi seboleh mungkin terdapat hijab yang boleh mengalang berlakunya pandangan terus dan langsung antara muslimin dan muslimat. Dengan demikian antara amalan biasa yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat jamaah adalah dengan menggunakan tabir semasa berkomunikasi. Namun bila amalan ini mula terpakai, terdapat pula anggapan yang keterlaluan bila mana terdapat di kalangan anggota jamaah yang mengambil sikap untuk tidak mahu berinteraksi kecuali di belakang tabir kerana yang selainnya dianggap tidak syar'ie. Kita seharusnya sedar bahawa dalam beberapa realiti tertentu kadang-kadang amalan tersebut tidak mungkin berlaku, seperti misalnya pengendalian mesyuarat yang diadakan di bilik-bilik tutorial, bilik-bilik mesyuarat dan seumpamanya. Dalam keadaan sebegini tabir tidak mungkin sama sekalidapat digunakan, anmun mesyuarat mesti juga berlangsung. Menghadapi realiti ini, Islam tidak sepatutnya dilihat sebegitu 'rigid' sehingga tidak memberi sebarang keluasan. Namun seharusnya mesyuarat tersebut terus berjalan dalam suasana terkawal dan terjaga di mana kesemua ahlinya menjaga adab-adab berpandangan dan berinteraksi sebagaimana yang dijelaskan sebentar tadi.

Selain pertemuan rasmi seperti di atas, kadang-kadang interaksi juga berlaku secara tidak langsung, misalnya semasa berlangsungnya program terdapat keperluan untuk mendapatkan atau memberikan maklumat antara sahabat-sahabat yang terlibat. Tidaklah bersalahan untuk mereka berinteraksi sekadar memenuhi keperluan semasa yang mendesak, walaupun tanpa menggunakan sebarang tabir, kerana yang menjadi hijab di antara mereka ialah adab dan tatasusila yang mereka awasi semasa berinteraksi. Dengan menjaga pandangan masing-masing semasa nerinteraksi sudah dikira sebagai mempunyai hijab di antara mereka.

Selain interaksi lisan dan berdepan antara mulsimin dan muslimat, kadang-kadang ianya juga melibatkan interaksi lisan melaui telefon, interaksi melalui note, surat, e-mail dan seumpamanya. Dalam apa keadaan sekalipun syarat dan keperluan yang disebutkan tadi mesti dijaga kerana jika tidak tidak kerana tugas dan amanah amal Islami yang kita pikul, tidak akan ada sebab dan alasan yang mengharuskan kita berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Jangan pula oleh kerana kita mempunyai peluang berinteraksi maka kita pula mengambil peluang untuk berinteraksi secara tidak syari'e, kerana sememangnya ruang untuk berlaku demikian amat luas dan senang. Dari itu amanah dan ketaqwaan dalaman adalah yang menjadi benteng kepada jatidiri anggota jamaah.

Pendeknya Islam telah mengemukakan beberapa prinsip asas dalam berinteraksi namun pemakaiannya terhenti kepada keperluan, kebijaksanaan dan tuntutan yang ada. Salagimana interaksi yang berlaku meraikan prinsip yang dikemukan, selagi itulah ianya boleh disifatkan sebagai syari'e sekalipun berlaku dengan beberapa bentuk pengubahsuaian yang sesuai dengan keperluan dan realiti semasa yang wujud.

3.1 Kedua : Interaksi antara muslimin dan muslimat di luar jamaah2

Dalam berinteraksi sesama muslimin dan muslimat di luar jamaah, 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu:

1) Niat
Di dalam apa jua keadaan dan situasi ia mestilah diniatkan kerana Allah taala.

2) Matlamat
Tujuan sebenar interaksi mestilah jelas dan hanya melibatkan perkara-perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran, perbincangan kes dan soal-soal pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpandanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Dalam menentukan sejauh mana interaksi kita tidak melewati batas-batas syara', diperturunkan di sini 2 kaedah hukum seperti mana yang digariskan oleh para ulama' fiqh:

1) Sesuatu perkara yang dilarang atau diharamkan di dalam garis panduan umum boleh menjadi harus apabila wujud keperluan yang munasabah (darurat). Contohnya memperlihatkan aurat di dalam rawatan perubatan atau sebagai bukti di dalam mahkamah.

2) Sesuatu perkara yang harus boleh menjadi haram apabila wujud kemungkinan timbulnya fitnah samada di pihak muslimin, muslimat atau kedua-duanya. Sesungguhnya kejahatan fitnah itu lebih buruk gejalanya daripada membunuh.

Perhatian:

Seringkali kita menerima sapaan atau tegurandari seorang yang kurang arif dengan garis panduan umum di atas. Jawablah sekadar perlu untuk mengetahui tujuannya. Jika tiada apa-apa keperluan yang munasabah, minta izin untuk beredar. Seandainya tujuannya penting atau menepati syara', tetapi institusi sekeliling boleh menimbulkan fitnah, cuba untuk tangguhkan perbincangan ke suatu masa dan keadaan yang tiada faktor-faktor tersebut.

3.3 Ketiga : Interaksi dengan orang bukan Islam
Secara umumnya, kita sebagai orang yang arif mengenai hukum asas dalam berinteraksi mesti berpegang kepada garis panduan yang telah ditetapkan dan seboleh-bolehnya menerangkan atau menyampaikan kepada orang yang bukan Islam yang kita berinteraksi dengannya. Inilah masanya kita mempamerkan keindahan dan keunikan Islam dalam memelihara umatnya dari gejala sosial.

Beberapa kelonggaran diberikan, asal tidak menjatuhkan maruah kita atau merendahkan imej Islam, di dalam beberapa keadaan yang subjektif, antaranya:

1) Tiada peluang untuk menerangkan prinsip-prinsip interaksi Islam.
2) Jika berpegang kepada prinsip-prinsip umum boleh menganiaya orang bukan Islam tersebut.
3) Jika situasi yang dialami termasuk di dalam kategori darurat.

Ahad, 8 November 2009

SEPULUH SEBAB DOA KITA DITOLAK

1. KAMU MENGENAL ALLAH, TETAPI KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-HAKNYA.

2. KAMU BERKATA BAHAWA KAMU CINTA KEPADA RASULLUAH S.A.W TETAPI KAMU TINGAL SUNNAHNYA.

3. KAMU TELAH MEMBACA AL-QURAN TETAPI KAMU TIDAK AMAL DENGANNYA..

4. KAMU TELAH MENGGUNAKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH, TETAPI KAMUTIDAK BERSYUKUR PADANYA..

5. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH KAMU, TETAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA.

6. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYURGA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA NERAKA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK LARI DARINYA.

8. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA MATI ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA…

9. KAMU BANGUN DARI TIDUR LALU KAMU MENCERITAKAN SEGALA KEAIBAN ORANG LAIN TETAPI KAMU LUPA TENTANG KEAIBAN KAMU SENDIRI.

10. KAMU KEBUMIKAN MAYAT SAHABAT KAMU, KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEMATIAN NYA……..

TEMAN.. TEMAN..

TEMAN……


Teman..
Disini bermulanya satu pertemuan…
Disini kita berkumpul bersama…
Disini berakhirnya kisah kita…

Teman…
Ingatilah daku dalam ingatanmu..
Ingatilah peristiwa kita lalui bersama..
Ingatilah segala-segalanya….
Moga ia mekar dalam kenangan bersama..

Teman…
Bersama kita harungi pejuangan ini….
Berjuang demi mencapai cita yang satu..
Berjuang hingga ke titisan yang akhir…


Teman…
Hidup ini hanya sementara…
Andainya aku pergi dulu…..
Ku memohon maaf dari mu…

Teman…
Kiranya waktu sekejap itu mejadi kenangan yang terakhir…
Ingatilah diriku selagi engkau mampu…

Teman…
Jika masa mendatang memisahkan kita..
Setelah bertahun keakraban yang telah dibina…
Ukirlah secebis tentang diriku ini di hati mu….
Agar nanti tika bersua engkau masih mengiti diriku ini……








Hasil nukilan : AZHAR RAMLEE
Tajuk : TEMAN…..
Tarikh : 2.01 a.m /06 november 2009