Assalamualaikum ….
Kali ini ana ingin berkongsi satu lagi artikel menarik
yang boleh kita jadikan satu pengajaran buat kita semua. Heheheh….
Bayangkan :
Andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel
untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga
walaupon kita sedang letih bermain bola sepak;
Andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang
berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas
walaupon kita sedang melakukan ulang kaji atau menonton movie;
Andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan
berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli-belah
walaupon kita terpaksa memecahkan tabung ayam yang dibeli di Padang Besar;
Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya
seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup
membelah badai, menongkah arus, mencantas rebut dan memagar beliung demi
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.
Hehehehe… bukan bab cinta manusia yang ana nak ketengahkan
disini, tapi ana nak bukak minda teman-teman dalam memahami erti cinta yang
sebenar.
Menyatu jiwa dengan amanah.
Kata-kata diatas sebagai penghubung kepada tanggungjawab
yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat ana simpulkan disini jika cinta itu ada
dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah
dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah.
Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya
rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah
dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan
amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan jadikannya asas atau tiang untuk kita
berpaut.
Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta kepada islam. Daripada
cinta yang kukuh itu dengan izin ALLAH S.W.T , kita dapat memelihara kesemua
amanah sepanjang hayat kita di dunia ini.
Amanah sebagai simbol
cinta.
Diatas segalanya, peliharlah amanah kita sebagai seorang
islam yang sebenarnya dengan menjaga setiap waktu solat kita. Usahlah mengabaikannya
sekiranya kita cinta pada islam. Ingatlah, amanah memelihara solat itu nanti
menjadi persoalan utama di alam akhirat kelak dan ia menjadi symbol cinta kita
kepada ALLAH S.W.T.
Yang terakhirnya, istiqamah dalam amanah kita sebagai
seorang mukmin sebagaimana riwayat Muslim, daripada Abu ‘Amr Sufyan bin
Abdullah al-Tsaqafi r.a berkata;-
Aku berkata,
“wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang islam, yang aku
tidak memintanya kepada seorang pun kecuali padamu.”
Rasulullah
s.a.w bersabda: “katakanlah, aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah.”
cinta akan hadir seiring tercapainya cita-cita,..cinta Allah paling utama...:)
BalasPadamhmm... btul2...
Padam