Hazrat
‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir
perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah Baginda SAW akan menjadi pucat. Baginda
SAW akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,
“Ya
Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya
dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada
keburukan angin ini dan keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang
Engkau kirim dengannya.”
Apabila
hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya
bertanya, “Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira
kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah.”
Baginda
SAW bersabda, “Wahai ‘Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa
tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum ‘ad telah diazab dengan perantaraan
angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, “Awan itu
akan membawa hujan untuk kami” Sedangkan dalam angin itu ada azab.”
Firman
Allah SWT:
“Maka
apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah
mereka, mereka berkata, ‘Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.’
(Mendengarkan kata-kata demikian Nabi Hud a.s. berkata) “Tidak, bahkan itulah
(azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang
menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya.” (setelah azab
itu menimpa mereka) maka mereka menjadi punah ranah tidak ada yang
kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas
kaum yang berdosa.” (al-Ahqaf : 24
& 25)
Inilah
sifat takut kepada Allah SWT yang ada pada diri Rasulullah SAW. Walaupun
daripada sabdaan Baginda SAW sendiri menunjukkan bahawa Baginda SAW ialah
‘Saiyyidul-Awwalin-wal-Akhirin’ (yang bermaksud penghulu semua org terdahulu
dan terkemudian).
Dalam kitab suci Al-Quran pun ada ayat yang menyatakan bahawa
Allah SWT tudak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad SAW ada bersama
mereka. Sungguhpun Allah SWT telah berjanji sedemikian namun apabila Baginda
SAW melihat awan hitam dan ribut, Baginda SAW masih teringatkan azab yang
menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan mendalam terhadap Allah SWT.
Berdasakan
kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meskipun hampir
setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan
pelbagai azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. kita
juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istigfar dan solat tetapi sebaliknya
kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.
Original
Article: Self Freedom Emotion.
Allah SWT memberi manusia sifat takut supaya sentiasa ingat bahawa kita lemah dan bukan tuan d bumi ini, tetapi hanya penyewa sahaja.
BalasPadam