Powered By Blogger

Jumaat, 27 Januari 2012

AMALAN NABI SAW KETIKA RIBUT

Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW. Wajah Baginda SAW akan menjadi pucat. Baginda SAW akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini,

“Ya Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim dengannya.”

Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi SAW. Saya bertanya, “Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan bergembira kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah.”


Baginda SAW bersabda, “Wahai ‘Aishah, adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu? Kaum ‘ad telah diazab dengan perantaraan angin. Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, “Awan itu akan membawa hujan untuk kami” Sedangkan dalam angin itu ada azab.”

Firman Allah SWT:
“Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, ‘Ini ialah awan yang membawa hujan kepada kita.’ (Mendengarkan kata-kata demikian Nabi Hud a.s. berkata) “Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya.” (setelah azab itu  menimpa mereka) maka mereka menjadi punah ranah tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.” (al-Ahqaf : 24 & 25)

Inilah sifat takut kepada Allah SWT yang ada pada diri Rasulullah SAW. Walaupun daripada sabdaan Baginda SAW sendiri menunjukkan bahawa Baginda SAW ialah ‘Saiyyidul-Awwalin-wal-Akhirin’ (yang bermaksud penghulu semua org terdahulu dan terkemudian). 

Dalam kitab suci Al-Quran pun ada ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT tudak akan mengazab umat ini selagi Nabi Muhammad SAW ada bersama mereka. Sungguhpun Allah SWT telah berjanji sedemikian namun apabila Baginda SAW melihat awan hitam dan ribut, Baginda SAW masih teringatkan azab yang menimpa kaum yang terdahulu kerana ketakutan mendalam terhadap Allah SWT.

Berdasakan kisah ini, marilah kita melihat keadaan diri kita sendiri. Meskipun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi dan pelbagai azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. kita juga tidak menyibukkan diri dengan taubat, istigfar dan solat tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri dengan pelbagai kajian yang sia-sia.



Original Article: Self Freedom Emotion.

Sahabat,
aturkan langkah demi langkah,
untuk meneruskan perjuangan,
demi membela agama Islam yang tercinta,
jadikanlah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai ikutan,
berjuang hingga ketitisan darah terakhir,
tanpa ada sedikit pun keluhan atau rungutan.


Selasa, 24 Januari 2012

SAHABAT KU


Sahabat Ku.
Marilah mengembara bersamaku,
Melalui lorong-lorong hidup manusia,
Pelbagai onak dan ranjau akan kita tempuhi,
Mencari keberkatan dan kebahagiaan.

Lihatlah sahabatku..
Sesungguhnya pada penciptaan manusia,
Tidak dijanjikan kesenangan sepanjang kembara,
Namun akan diiringi setiap langkah,
Keberkatan dan kebahagiaan.

Ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukn usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..

Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita,
Saban hari tak terlepas melakukan salah,
Bertuahnya kita sebagai hamba,
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan,
Namun pintu taubat sentiasa terbuka.


Sahabat dan juga teman,
Andai kata ini pertemuan terakhir kita disini,
Maafkan lah diri ku ini,
Bersahabat dengan kalian semua,
Adalah satu kurniaan kepada diri ini.


Kerana itu sahabatku,
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama,
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya,
Menuju syurga yang kekal bahagia,
Abadi buat selama-lamanya.



Ahad, 15 Januari 2012

MERINDUI AL-KHALIQ

Asslamualaikum. 

Setiap manusia diberi nikmat iman dalam dirinya, tetapi bagaimanakah manusia itu mensyukuri dengan nikmat yang ALLAH berikan padanya. Kita sering leka dengan kebahagian hidup didunia sehingga kita mengabaikan kebahagian yang kekal abadi di sana nanti. Marilah kita sama-sama menanam satu perasaan rindu kepada al-Khaliq. Semoga kita mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. 

BELAIAN RINDU DISISI AL KHALIQ

Dia cukup rasa selesa berada di dalam kantung itu. Keadaan dirinya dipelihara kasih agung Pencipta Sekalian Alam. Hari-hari yang dilaluinya terasa manis dan cukup indah dalam belaian rindu dan pengabdian yang tulus. Teringat saat mula-mula dia bertapak di situ. Bersaksi bahawa Allah-lah Tuhannya yang berkuasa memberi nikmat dan memudaratkan. Memelihara dan menjaganya daripada sebarang kecelakaan dan memberikannya rezeki yang tidak putus-putus.

Namun saat dia berasa dekat dengan Tuhannya dan saat dia merasakan manisnya berada dalam pelukan kasih al-Rahman semakin diuji. Medan ujian yang bakal ditempuhnya masih panjang dan berliku-liku arahnya. Saat itulah pengakuan tulusnya yang bersaksikan Rab sebagai Tuhannya yang Esa akan benar-benar teruji.

Dirinya cukup bertuah kerana kalimah pertama yang didengarnya adalah kalam agung yang memuji kebesaran Allah. Kalimah azimat itulah yang mengingatkannya kembali kepada pengakuan diri yang telah terpatri. Namun dirinya diundang sifat resah dan gundah kerana dunia baru yang bakal ditempuhnya boleh merobek akidah sucinya. Musuhnya sang syaitan dan nafsu yang sentiasa mengintai ruang agar dia lupakan Tuhan dan mengabaikan keimanan.
Adakah dia akan terus mengingati Tuhan yang telah menciptanya dengan penuh kasihh sayang setelah berada di dunia baru yang tidak dapat di duga?. 

Akan adakah ruang untuk dirinya bertemu dengan al-Khaliq dalam keadaan bersih suci seperti awal pertemuannya dahulu?

Itulah percaturan hidup yang perlu dilaluinya. Kehidupan dunia yang bakal menguji iman dan keyakinannya. Mindanya harus sentiasa sedar untuk memilih jalan yang benar dan diredhai Allah agar kasih al-rahman tidak akan hilang dari dakapannya. Ya Allah, bantulah diri ini untuk terus mendakap kasih-Mu. Kasihanilah diri ini agar tidak lemah mengikut jejak musuh-Mu.


 

 

Rabu, 11 Januari 2012

Amanah : Antara Cinta Dan Cita-Cita.


Assalamualaikum ….

Kali ini ana ingin berkongsi satu lagi artikel menarik yang boleh kita jadikan satu pengajaran buat kita semua. Heheheh….

Bayangkan :

Andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupon kita sedang letih bermain bola sepak;

Andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupon kita sedang melakukan ulang kaji atau menonton movie;

Andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli-belah walaupon kita terpaksa memecahkan tabung ayam yang dibeli di Padang Besar;

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencantas rebut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Hehehehe… bukan bab cinta manusia yang ana nak ketengahkan disini, tapi ana nak bukak minda teman-teman dalam memahami erti cinta yang sebenar.

Menyatu jiwa dengan amanah.

Kata-kata diatas sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat ana simpulkan disini jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah.

Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu  dan jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.

Apakah tiangnya itu? Tiangnya adalah cinta kepada islam. Daripada cinta yang kukuh itu dengan izin ALLAH S.W.T , kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini.

Amanah sebagai simbol cinta.

Diatas segalanya, peliharlah amanah kita sebagai seorang islam yang sebenarnya dengan menjaga setiap waktu solat kita. Usahlah mengabaikannya sekiranya kita cinta pada islam. Ingatlah, amanah memelihara solat itu nanti menjadi persoalan utama di alam akhirat kelak dan ia menjadi symbol cinta kita kepada ALLAH S.W.T.

Yang terakhirnya, istiqamah dalam amanah kita sebagai seorang mukmin sebagaimana riwayat Muslim, daripada Abu ‘Amr Sufyan bin Abdullah al-Tsaqafi r.a berkata;-

Aku berkata, “wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang islam, yang aku tidak memintanya kepada seorang pun kecuali padamu.”


Rasulullah s.a.w bersabda: “katakanlah, aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah.”










Sabtu, 7 Januari 2012

RAHSIA RESIPI KEK PERKAHWINAN


Assalamualaikum…
Pada sahabat-sahabat sekalian hari ini ana nak kongsi satu artikel yang cukup menarik bagi ana yang sesuai kepada golongan-golongan muda yang hangat bercinta.  Ana nak kongsi satu rahsia resipi kek perkahwinan semoga sahabat-sahabat dapat pengajaran darinya..

Resipi kek perkahwinan :

1.  1 lelaki sihat.
2.  1 wanita sihat.
3.  100%  komitmen.
4.  2 pasang restu orang tua
5.  1 botol kasih sayang murni

Bahan-bahan perasa tambahan :-
 
1.  1 buku besar humor(jenaka).
2.  25 gram rekreasi.
3.  1 bungkus doa.
4.  2 sudu the telefon.
5.  5 kali ibadah sehari semalam.


Semua bahan-bahan diadun hingga rata dan mengembang.

Tip-tip yang perlu di ikut :-
 

Ø  Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang(sekufu).

Ø  Jangan yang satu terlalu tua & yang lainnya terlalu muda, kerana dapat mempengaruhi kelazatan. (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun dengan jual mahal tapi mutunya terjamin).



Ø  Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI walaupon modelnya bagus-bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelangan @ kadang-kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.

Ø  Gunakan kasih sayang cap DAKWAH yang telah mendapatkan pengiktirafan ISO dari kementerian kesihatan dan kerohanian.

Cara-cara memasak :-

v  Lelaki & wanita disuci bersih, dan di buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.

v  Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen & restu orang tua dengan rata.

v  Masukkan niat yang murni ke dalam loyang & panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.

v  Biarkan di dalam loyang tadi & disirami dengan perisanya.

v  Kek perkahwinan sedia dinikmati.



NOTA PENTING *

KEK INI DAPAT DINIKMATI OLEH PEMBUATNYA SEUMUR HIDUP DAN PALING ENAK DINIKMATI DALAM KEADAAN HANGAT. TAPI KALO SUDAH AGAK DINGIN, TAMBAHKAN LAGI HUMOR SEGAR SECUKUPNYA, REKREASI SESUAI SELERA, SERTA BEBERAPA POTONG DOA. KEMUDIAN DIHANGATKAN LAGI DI KETUHAR BERJENAMA “TEMPAT IBADAH”.

SETELAH MULAI HANGAT, JANGAN LUPA BERTELEFON BILA BERJAUHAN.

SELAMAT MENCUBA DIJAMIN SEMUANYA HALAL.  (^_^)V peace.......



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)


SELAMAT BERAMAL.............. (^_^)v

Rabu, 4 Januari 2012

MEMBASMI KEMAKSIATAN

NABI MENGAJAR KITA AGAR MENJAUHI DARIPADA ; MENDENGAR PERKARA-PERKARA YANG DIBENCI OLEH ALLAH ; MELIHAT PERKARA-PERKARA YANG DIBENCI OLEH ALLAH; BERCAKAP PERKARA-PERKARA YANG DIBENCI OLEH ALLAH; DAN APA SAJA YANG MENJURUS KEPADA PERLAKUAN MAKSIAT.


 

 


Ada 4 perkara yang boleh dilaksanakan bagi menghindari terjerumus kearah kemaksiatan;-
1.Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkra negative.
2.Hendaklah menundukan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat.
3. Melakuakan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakuakn maksiat.
4.Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.




Fikir dulu sebelum berkata-kata..


Kita sebagai manusia bebas untuk bercakap atau menyuarakan sesuatu pandangan tetapi mampukah kita memegang setiap percakapan kita itu. Kita bercakap 24 jam pot pet.. pot pet… tapi perlu ka ehhh.. cuba kita renungkan diri kita kembali…. Hmmm…

Disini ana mahu kongsi satu hadis yang di Riwayat al-Bukhari dan muslim :-
-
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata yang baik atau diam”
 
Dalam mengulas hadis ini, imam al-Syafi’I berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika apa-apa yang akan kita disampaikan ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah baik kita diam sahaja.

Dalam kebiasaannya kita akan berkata-kata perkara yang baik-baik sahaja untuk mahu orang lain selesa dengan dengan diri kita. Kita akan cuba elak menggunakan kata-kata yang akan menyinggung perasaan sahabat-sahabat kita.

Berkata-katalah hanya yang perlu sahaja, tanpa meleret-leret dan panjang lebar. Rasulullah s.a.w sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak hal.

Seseorang pernah ditanya “mengapa engkau selalu diam?” dia menjawab, “Aku tidak akan menyesal kerana diam, tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap.”
Tetapi kita kena ingat jugak, walaubagaimana pun, kita tidak boleh berdiam diri apabila melihat kemungkaran didepan mata, oleh itu kita kena bersuara untuk menegakkan keadilan.

Al imam al-Mawardi yang merupakan salah seorang ulama tafsi yang terbilang , telah menyenaraikan beberapa syarat ketika ingin melontar idea atau hendak bercakap ;-


1.     Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan.
2.     Ia disampaikan sesuai dengan tempat dan masanya.
3.     Ia difokuskan pada perkara yang berkaitan dengan apa yang sedang dibicarakan.
4.     Ia disampaikan sesuai dengan keperluan.
5.     Memilih kata-kata yang tepat, ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

Marilah kita ambil pengajaran dari apa yang disampaikan moga-moga kita diletakkan di kalangan orang yang beriman.

k yea... peace.... (^_^)V