Assalamualaikum…
Pada
sahabat-sahabat sekalian hari ini ana nak kongsi satu artikel yang cukup
menarik bagi ana yang sesuai kepada golongan-golongan muda yang hangat
bercinta. Ana nak kongsi satu rahsia resipi
kek perkahwinan semoga sahabat-sahabat dapat pengajaran darinya..
1. 1 lelaki sihat.
2. 1 wanita sihat.
3. 100% komitmen.
4. 2 pasang restu orang tua
5. 1 botol kasih sayang murni
1. 1 buku besar humor(jenaka).
2. 25 gram rekreasi.
3. 1 bungkus doa.
4. 2 sudu the telefon.
5. 5 kali ibadah sehari semalam.
Semua bahan-bahan diadun hingga rata dan mengembang.
Tip-tip
yang perlu di ikut :-
Ø Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang
dan seimbang(sekufu).
Ø Jangan yang satu terlalu tua & yang lainnya
terlalu muda, kerana dapat mempengaruhi kelazatan. (sebaiknya dibeli di pusat
beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun dengan jual mahal tapi mutunya
terjamin).
Ø Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI walaupon modelnya bagus-bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelangan @ kadang-kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
Ø Gunakan kasih sayang cap DAKWAH yang telah mendapatkan
pengiktirafan ISO dari kementerian kesihatan dan kerohanian.
Cara-cara
memasak :-
v Lelaki & wanita disuci bersih, dan di buang
semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
v Siapkan loyang yang telah disapu dengan
komitmen & restu orang tua dengan rata.
v Masukkan niat yang murni ke dalam loyang &
panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
v Biarkan di dalam loyang tadi & disirami
dengan perisanya.
v Kek perkahwinan sedia dinikmati.
NOTA
PENTING *
KEK
INI DAPAT DINIKMATI OLEH PEMBUATNYA SEUMUR HIDUP DAN PALING ENAK DINIKMATI
DALAM KEADAAN HANGAT. TAPI KALO SUDAH AGAK DINGIN, TAMBAHKAN LAGI HUMOR SEGAR
SECUKUPNYA, REKREASI SESUAI SELERA, SERTA BEBERAPA POTONG DOA. KEMUDIAN
DIHANGATKAN LAGI DI KETUHAR BERJENAMA “TEMPAT IBADAH”.
SETELAH
MULAI HANGAT, JANGAN LUPA BERTELEFON BILA BERJAUHAN.
SELAMAT
MENCUBA DIJAMIN SEMUANYA HALAL. (^_^)V peace.......
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang
telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan
pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya
Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
SELAMAT BERAMAL.............. (^_^)v
waaaaa... menarik..
BalasPadam