Selasa, 22 Januari 2013

KASIH SAYANG ALLAH



Assalamualaikum….

Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan kekuatan kepada saya untuk kembali menulis artikel kembali setelah sekian lama memencilkan diri. Sedar tidak sedar kita telah pun melangkah tahun 2013 umur kita semakin hari semakin meningkat. Semalam, kita hidup manakala hari ini masih diizinkan Allah S.W.T untuk terus bangun bernafas menghirup udara segar di bumi Allah ini. SEDARKAH kita dosa-dosa semalam belum kita usahakan untuk diampun, hari ini kita tambah lagi. Luka-luka semalam belum kita ubati hari ini kita berjurus-jurus menambahkan kelukaan dihati.

Wahai sahabat-sahabat ku, tahukah anda kita selalu rasa senang dengan kehidupan dan tidak kisah apa yang berlaku. Kita sering terbuai dengan mimpi-mimpi indah. Tidak mengapalah melakukan dosa hari ini kerana hari esok masih ada. Esok pon boleh bertaubat. Bukankah Allah S.W.T itu maha pengampun.?
Ya Allah S.W.T memang maha pengampun. Tetapi bagaimana kah kita dapat merasakan masih ada hari esok untuk kita.

Allah itu tiada tandingan. Dalam apa pun jua medan, ALLAH S.W.T adalah yang terhebat. DIA adalah Maha Pencipta lagi Maha Perkasa, Maha Bijaksana berkuasa ke atas segala-galanya dibumi, langit dan semesta tiada tandingan yang mampu menyaingi-Nya.

Lihatlah kasih sayang ALLAH S.W.T :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.            
(Al-Baqarah 2:186)

“Aku adalah sebagaimana hambaKu sangkakan mengenaiKu, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekatiKu sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekatiKu dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang lebih pantas...”

hadith riwayat Muslim.

Bagaimanakah pula layanan kita terhada Allah S.W.T?

Apabila kita berdosa, kita tidak pernah mencari keampunan-Nya. Kita memberi pelbagai alasan untuk terus melakukan dosa, penginkaran dan kemaksiatan.

Lihatlah hubungan kita Dengan Allah S.W.T. Setelah sekian lama Allah memberi peluang kepada kita untuk kembali kepada Nya, tetapi kita sia-siakan. Kita hidup di Bumi Allah dengan penuh ego dan takabur. Kita tidak pernah mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki diri.

Marilah sahabat kita renung-renungkan dengan bilangan masa yang tinggal buat kita untuk memohon keampunan kepada Allah S.W.T . Selamat Beramal…..