Powered By Blogger

Jumaat, 30 Disember 2011

MOTIVASI DIRI DI AMBANG 2012


Sebagai remaja muslim, kita x perlu mencari-cari inspirasi untuk menjadi manusian yang hebat.  Kita mempunyai al-Quran al-Karim dimana didalamnya terkandung terkandung pelbagai ayat-ayat yang dapat dijadikan sumber inspirasi kepada kita semua. Disini ingin ana petik satu ayat darinya yang ingin ana kongsi dengan antum semua yang dapat dijadikan pegangan kita semua.
  
“dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman”
Surah ali ‘imran ayat 139


Jika antum bersedih kerana tiada tiada siapa yang ambil peduli atau tiada tempat hendak mengadukan  untung nasib, janganlah kalian terbawa-bawa dengan perasaan sedih, sedangkan ALLAH S.W.T telah menjanjikan kepada kita seperti mafhumnya:-

  
“dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.
Surah al-Baqarah ayat 186


Jadi wahai sahabat-sahabat sekalian janganlah kamu bersedih lagi, sesungguhnya ALLAH ada bersama kita semua. Bangunlah,  dan motivasikan diri mu agar kita semua dapat menjadi insan yang cemerlang dari semua sudut.



insyaAllah jika diberi ruang dan waktu ketemu lagi kita disini……. WAKE UP… WAKE UP….
PEACE YOOOO…..


Jumaat, 18 Mac 2011

AKU 2011.......

Senyumku masih menyinari hidup ku,
Senyumku masih menyembunyi kedukaan hati,
Senyumku masih menyembunyi kelemahan ku,
Senyumku masih tersingkap dibibir.


Hilai tawaku masih kedengaran,
Hilai tawaku masih menghiburkan hati,
Hilai tawaku masih mengembirakan,
Hilai tawaku masih menyembunyi segala-galanya.


Marahku masih dengan senyuman,
Marahku masih dengan hilai tawa,
Marahku hanya pada hati,
Marahku hanya sementara.


Sedihku masih dengan senyuman,
Sedihku masih dengan hilai tawa,
Sedihku hanya pada hati,
Sedihku menyembunyikan segala-galanya.


Aku masih mampu tersenyum,
Aku masih mampu hilai tawa,
Aku masih mampu sembunyikan kemarahan,
Aku masih mampu sembunyikan kesedihan.


AZHAR RAMLEE
18 MAC 2011
AKU 2011.......