Asslamualaikum
Segala puji dan syukur ke
hadrat ilahi yang maha pengasih lagi maha penyayang atas rahmat serta
hidayahnya memberikan kekuatan kepada ana selesai menulis blog ini supaya dapat
disampai dan dikongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian.
Cuba kita renungkan sedar atau
tidak sedar kita sudah pon masuk dan hidup dalam zaman yang penuh pancaroba. Jika
kita dapat lihat sekarang, manusia kini mempunyai pelbagai ragam yang amat
membimbangkan. Cara manusia memandang dirinya semakin pudar. Sering kali
berlaku dimana mereka terlalu mudah menganggap dirinya tidak berguna, malah
muncul perasaan mahu mengakhiri hidup kerana ada waktu-waktunya mereka
merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi.
Daripada pada pembacaan yang
ana perolehi dari satu buku yang
bertajuk MENCARI MAKNA HIDUP karangan
Parlindungan Marpaung menyatakan “ramai manusia kini
cenderung untuk bersahabat dengan musuh yang ada dalam dirinya sendiri hingga
kemana saja dia melangkah, musuh itu sentiasa ada disampingnya”. Apa
yang cuba disampaikan disini sewaktu munculnya perasaan dan dorongan untuk
melakukan kebaikan dalam hati, datang pula halangan yang mengangu niat baik tersebut. Inilah yang dikatakan musuh
yang datang dari dalam diri manusia itu sendiri.
Bagi menyingkap perkara ini
kadang-kadang manusia perlu tegas dengan dirinya sendiri. Dia perlu melawan
kemahuan hatinya. Contoh yang dapat ana ceritakan disini, semasa mahu bangun
daripada tidur pada waktu subuh, ada kemahuan ‘lain’ yang cuba menarik selimut dan tidur kembali. Bukankah ini
tarikan yang cenderung menjadikan kita tidak dapat berkembang dengan baik? . Itulah
sebabnya perkara utama adalah bagaimana kita untuk menerima keadaan ini sekali
gus ‘melawan’ tarikan-tarikan itu
yang membuat kita tidak dapat berkembang dengan baik dan sempurna.
Hidup ini merupakan suatu
perjuangan. Tidak ada kejayaan yang dapat diraih tanpa perjuangan, tiada hasil
dalam hidup tanpa keringat dan air mata. Dalam menempuhi dunia yang penuh
dengan pancaroba kita perlu ada kekuatan untuk ‘melawan’ hawa nafsu dan godaan syaitan yang menggoda kita supaya
kita tidak tewas kepada mereka.
Disini ana ingin petik salah
satu kata-kata Thomas Alva Edison yang menyatakan “kejayaan adalah 1 peratus kepintaran dan 99 peratus
adalah usaha keras”. Yang bermaksud semakin kita berjuang untuk
hidup, semakin hampir kita menemukan erti kehidupan yang sebenarnya. Manusia yang
mempunyai cara pandangan yang optimis dan meletakkan perjuangan hidup sebagia
daripada dinamik hidup yang berputar, melihat setiap hari hidup kian berisi dan
bererti serta membuahkan kebaikan kepada orang di sekelilingnya.
Ibarat seuncang teh, ia hanya
mengeluarkan sarinya selepas di celup kedalam air panas. Demikianlah halnya
hidup ini, kadangkala merasai kepayahan dan pahit getir kehidupan sebelum memahami
erti kehidupan yang sebenarnya.
Mutiara kata untuk sahabatku
diluar sana..
Jangan mengukur dan
mengeluh betapa tingginya sebuah gunung sebelum cuba mendakinya. Kerana selepas
berjaya mencapainya puncaknya, kita pasti mengatakan betapa rendahnya gunung
itu..
Sekian untuk kali ini moga
kalian dapat manfaat darinya.. (^_^)V
Perjuangan yang tidak akan beakhir biarpun nyawa dihujung tanduk, Insya Allah...
BalasPadam