Segala puji
bagi Allah SWT di atas nikmat-Nya yang dipinjamkan kepada kita. Selawat dan salam bagi baginda Rasulullah SAW
sebagai rahmat bagi seluruh alam. Tidak lupa juga buat para keluarganya,
sahabat-sahabatnya. Syukur ke hadrat ilahi diberi kekuatan pada ana untuk
berpeluang mencoretkan satu lagi perkongsian dengan sahabat-sahabat ana
sekalian.
Mari kita
sama-sama menghayati sepotong hadith ini :-
“Hak
seorang Muslim atas Muslim yang lain itu ada enam. Antaranya, jika kamu bertemu
dengannya hendaklah kamu mengucapkan salam.” (Riwayat Muslim)
Jika kita
soroti sirah rasulluah s.a.w kita akan dapati bahawa member salam terlebih
dahulu adalah salah satu cirri yang ada pada diri rasulullah s.a.w. Baginda
tidak pernah gagal untuk mengucapkan salam terlebih dahulu berbanding orang
lain. Setiap kali bertemu dengan seseorang, baik orang dewasa mahupun
kanak-kanak, dari dekat ataupun jauh Baginda pasti lebih dahulu memberi salam.
Terdapat beberapa
orang para sahabat yang ingin berusaha menjadi orang pertama yang member salam
kepada rasulullah s.a.w., tetapi tidak berjaya. Ada suatu ketika, mereka
bersembunyi di laluan yang biasa Baginda lalui. Apabila melihat dari jauh
Baginda akan melalui jalan tersebut, mereka pun bersiap sedia untuk mengucapkan
salam.
Namun,
sebelum sampai di tempat persembunyian mereka, Baginda lebih dahulu berkata “Assalamualaikum,
wahai orang yang berada di belakang dinding. Aku tidak mahu menjadi orang yang
lambat dalam memberi salam sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir.” Mereka yang
bersembunyi pun keluar dari tempat persembunyian mereka dengan perasaan malu
sambil menjawab salam Rasulullah.
Mengapakah ada
kalanya kita teragak-agak atau ragu-ragu untuk memberi salam kepada seseorang
terutamanya kepada orang yang tidak kenali? Sedangkan kita tahu dan pasti ada
ganjaran yang akan kita peroleh. Tidakkah kita mahu semua itu? Mudah bukan?
Tanpa modal dan tenaga untuk melaksanakannya.
Berlumba-lumbalah dalam memberi salam
dengan ikhlas tanpa ada niat yang lain kerana ia salah satu cara menjalin
ukhuwah dan persaudaraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan