Powered By Blogger

Rabu, 10 Julai 2013

Disebalik kadang-kadang & selalu

Hidup kita sering diumpamakan seperti roda, sentiasa berputar-putar. Kadang - kadang kita berada dibawah, kadang-kadang kita berada diatas. Tidak selamanya kita berada di atas. Yang muda, tidak selamanya muda. Yang tua tidak selamanya tua - akan dijemput ke rahmatullah jua suatu hari nanti.

hidup kta juga turut diumpamakan seperti keadaan cuaca. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kadang-kadang terik, kadang-kadang mendung. Sebab itulah wujudnya peribahasa melayu sediakan payung sebelum hujan. islam juga menggariskan agar kita ingat lima perkara sebelu lima perkara.


Mungkin terlintas diminda kita, tidak bolehkah hidup kita tiada istilah "kadang-kadang" itu? Atau tidak bolehkah semua perkara dalam hidup kita biar "selalu"? Biar selalu kaya, selalu berjaya, selalu bahagia, selalu gembira, selalu selamat dan sebagainya. Jawapannya mudah. Bukan tidak boleh tetapi tidak adil. ! Bukankah Allah Maha Adil? Allah adil dalam meletakkan setiap perkara tepat pada tempat dan masanya.


Jika semuanya "selalu", kasihanlah kepada orang miskin yang berusaha, langsung tiada peluang menjadi kaya kerana selalu miskin. Jika semuanya "selalu", seronok dan berpestalah pelumba-pelumba haram kerana selalu selamat dengan aksi-aksi bahaya mereka di jalan raya. Oleh sebab itu, percaya dan yakinlah bahawa Allah mewujudkan suasana "kadang-kadang" dan "selalu" dalam hidup hamba-Nya sebagai kesedaran dan pengajaran kepada hamba-Nya.


"Kadang-kadang" dan "selalu" ini sebenarnya menjadi perencah dan penyedap rasa dalam kehidupan kita. Tanpa kedua-duanya hidup kita takkan berwarna-warni. Tanpa kedua-duanya, kita tidak akan kenal erti pelbagai rasa. Jika kita selalu gembira, kita takkan mampu menyelami duka. Jika kita selalu membiarkan diri dalam kemurungan, pasti kita tidak mengenal posisi menarik dalam kehidupan.


Sesekali kita perlukan kegagalan untuk menyedarkan diri agar tidak selalu berasa selesa dengan kedudukan kita. "kadang-kadang" dan "selalu" mendidik kita supaya lebih bersedia dalam menghadapi apa-apa juga keadaanyang mendatang dalam kehidupan kita, Malah, "kadang-kadang" dan "selalu" mendidik kita agar lebih matang dalam kehidupan! Nah bukankah Allah Maha Adil. 




Namun begitu, walo apa juga keadaan dalam kehidupan kita, positifkanlah minda untuk menerimanya sebagai cabaran dan dugaan. lapangkan lah Hati untuk menerimanya sebagai satu bentuk pengajaran buat diri. Teguhkan iman untuk menerimanya sebagai wadah Allah menyampaikan Kasih-Nya kepada kita. Usah merungut dan terus merungut kerana dikhuatiri menjadi toksik dalam diri yang boleh menyinkirkan rasa yakin kita pada Allah s.w.t.


Ayuh, bisikan dalam diri, tanamkan dalam hati "kadang-kadang" dan "selalu" semuanya ketentuan Allah untuk menyedarkan kita kerana Allah kasihkan hamba-Nya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan