Powered By Blogger

Rabu, 24 Februari 2010

PAKU DI DINDING HATIMU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Senarai barang yang mengandungi unsur Babi

BLOGGER_PHOTO_ID_5436189583682481090Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kehalalannya diragui



Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ` Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ` Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly.

Team Kuasa100

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Gurau Dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua" jawab Rasulullah
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa (yang tidak melampaui batas) tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Sabtu, 20 Februari 2010

Kebahagiaan Sebenar Ialah Hidup Dalam Iman

Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan, dan kehinaan.

Dan sesiapa berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya adalah hidup yang sempit”

(QS. Thaha: 124)

Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah s.w.t., Tuhan alam semesta. Pendek kata, kehidupan akan terasa hambar tanpa iman.

Menurut pendapat golongan pembangkang Allah yang sama sekali tidak beriman, cara terbaik untuk menenangkan jiwa adalah dengan bunuh diri. Menurut mereka, dengan bunuh diri orang akan dijauhkan dari segala tekanan, kegelapan dan bencana dalam hidupnya. Betapa malangnya hidup yang miskin iman. Dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang-orang yang menyimpang dari tuntunan Allah di akhirat kelak.

"Dan Kami palingkan hati mereka dan penglihatan mereka sepertimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung"

(QS. Al-An'am: 110)

Kini sudah saatnya dunia menerima dengan tulus ikhlas dan beriman dengan sesungguhnya bahawa "tidak ada Tuhan selain Allah". Bagaimanapun, pengalaman dan ujian manusia sepanjang sejarah kehidupan dunia ini dari abad ke abad telah membuktikan banyak hal; menyedarkan akal bahawa berhala-berhala itu tahyul belaka, kekafiran itu punca malapetaka, pembangkangan itu dusta, para rasul itu benar adanya, dan Allah benar-benar Si Penguasa kerajaan bumi dan langit, segala puji bagi Allah dan Dia sungguh-sungguh Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Seberapa besar, kuat atau lemah, hangat atau sejuk iman anda, maka setakat itu pula kebahagiaan, ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa anda.

“Sesiapa yang beramal soleh, dari laki-laki ataupun perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan”

(QS. An-Nahl: 97)

Maksud kehidupan yang baik (hayatan thayyibah) dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa mereka disebabkan janji baik Tuhan mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Zat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpangan iman, ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah, dan keikhlasan mereka dalam menerima takdir. Dan itu semua adalah kerana mereka benar-benar yakin dan ikhlas menerima bahawa Allah adalah Tuhan mereka, Islam agama mereka dan Muhammad adalah nabi dan rasul yang diutus Allah untuk mereka.

Ambil Madunya, Jangan Rosakkan Sarangnya

Di manapun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya bila ia dicabut dari suatu tempat, ia akan mengotorinya. Kelembutan tutur kata, senyuman ikhlas di bibir dan sapaan-sapaan hangat yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.

Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang akan menjadikannya seperti seekor lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan bila hinggap pada setangkai bunga, ia tidak pernah merosakkannya. Semua itu terjadi kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak Dia berikan kepada kekerasan.

Di antara manusia terdapat orang-orang "istimewa" yang membuat semua orang tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat mukanya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang amat disukai dan diperkatakan manusia disbabkan kemuarahan dan kemuliaannya, kejujurannya dalam berjual beli dan keramahan dan sopan santunnya dalam bergaul.

Mencari banyak kawan merupakan bimbingan dalam hidup yang selalu dicontohkan oleh orang-orang terhormat disebabkan akhlak dan perilakunya yang terpuji. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada di tengah-tengah kerumunan manusia dengan senyum yang tidak lekang, keramahan yang menenteramkan dan sopan santun yang menyejukkan. Dan justeru itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak terlihat.

Orang-orang yang bahagia memiliki bimbingan akhlak yang secara garis besarnya terangkum dalam ayat:

“Tolaklah (kejahatan yang diyujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”

(QS. Fushshilat: 34)

Demikianlah mereka melenyapkan rasa dengki dengan emosi yang terkawal, kesabaran yang menyejukkan, dan kemudahan memaafkan yang menenteramkan. Mereka itulah orang-orang yang mudah melupakan kejahatan dan mengingat kebaikan orang lain. Justeru, tatkala kata-kata kotor dan keji ditujukan kepada mereka, telinga mereka tidak pernah merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak akan pernah kembali.

Mereka itulah orang-orang yang selalu berada dalam kedamaian, orang- orang yang berada di sekitar mereka merasa aman dan kaum muslimin yang bersama mereka pun merasa tenteram.

"Orang Islam adalah orang yang jika orang muslim lainnya tidak merasa terganggu oleh lisan dan tangannya. Manakala orang mukmin adalah orang yang membuat orang lain merasa aman terhadap darah dan hartanya." (Al-Hadits),

"Sesungguhnya Allah memerintahkanku untuk menyambung tali silaturahim pada orang yang memutuskan silaturahim denganku. Aku diperintahkan untuk mengampuni orang yang berlaku zalim terhadapku dan memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepadaku."

(Al-Hadits)

“Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain”

(QS. Ali 'Imran: 134)

Sampaikan khabar gembira kepada mereka bahawa balasan Allah atas ketenangan, ketenteraman dan kedamaian mereka adalah akan disegerakan.

Sampaikan pula satu khabar gembira kepada mereka bahawa mereka juga akan mendapatkan balasan besar di akhirat berupa syurga-syurga dan sungai-sungai yang indah di sisi Tuhan mereka kelak.

“Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya”

(QS. Al-Qamar: 55)

Pencuri Impian

Ada seorang gadis muda yang sangat suka menari. Kepandaiannya menari sangat menonjol dibanding dengan rakan-2nya, sehingga dia seringkali menjadi juara di berbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan apa yang dimilikinya saat ini, suatu saat apabila dewasa nanti dia ingin menjadi penari kelas dunia. Dia membayangkan dirinya menari di Rusia, Cina, Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan orang yang memberi tepukan kepadanya.


Suatu hari, dikotanya dikunjungi oleh seorang pakar tari yang berasal dari luar negera. Pakar ini sangatlah hebat, dan dari tangan dinginnya telah banyak dilahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda ini ingin sekali menari dan menunjukkan kebolehannya di depan sang pakar tersebut, bahkan jika mungkin memperoleh kesempatan menjadi muridnya.Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis muda berhasil menjumpai sang pakar di belakang panggung, seusai sebuah pagelaran tari. Si gadis muda bertanya “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari kelas dunia. Apakah anda punya waktu sejenak, untuk menilai saya menari ? Saya ingin tahu pendapat anda tentang tarian saya”. “Ok, menarilah di depan saya selama 10 minit”, jawab sang pakar.


Belum lagi 10 menit berlalu, sang pakar berdiri dari kersinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang pakar. Si gadis langsung berlari keluar. Pulang kerumah, dia langsung menangis tersedu-sedu. Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama ini dia bangga-banggakan tidak ada apa-apanya di hadapan sang pakar. Kemudian dia ambil sepatu tarinya, dan dia lemparkan ke dalam stor. Sejak saat itu, dia berjanji tidak pernah akan lagi menari.


Puluhan tahun berlalu. Sang gadis muda kini telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal. Dan untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan dari sebuah kedai di sudut jalan. Suatu hari, ada sebuah pagelaran tari yang diadakan di kota itu. Nampak sang pakar berada di antara para menari muda di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke pagelaran tari tersebut. Seusai acara, ibu ini membawa ketiga anaknya ke belakang panggung, mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga anaknya kepada sang pakar. Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan kemudian mereka bercerita secara akrab.


Si ibu bertanya “, Tuan, ada satu pertanyaan yang tersirat di hati saya selama ini. Ini tentang penampilan saya sewaktu menari di hadapan anda bertahun-tahun yang silam. Sebegitu terukkah penampilan saya saat itu, sehingga anda langsung pergi meninggalkan saya begitu saja, tanpa mengatakan sepatah katapun ?”. ” Oh ya, saya ingat peristiwanya. Terus terang, saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak mengerti mengapa kamu tiba-2 berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar. Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawaban sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap anda telah mencuri semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa anda meninggalkan saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Anda seharusnya memuji saya, dan bukan mengacuhkan saya begitu saja. Mestinya saya bisa menjadi penari kelas dunia. Bukan hanya menjadi pelayan kedai”.


Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak ?. Tidak, saya rasa saya telah berbuat dengan benar. ANDA TIDAK HARUS MINUM ANGGUR SATU BAREL UNTUK MEMBUKTIKAN ANGGUR ITU ENAK. Demikian juga saya. Saya tidak harus menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian anda bagus. Malam itu saya juga sangat lelah setelah pertunjukkan. Maka sejenak saya tinggalkan anda, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap anda mahu menghubungi saya lagi keesokan hari. Tapi anda sudah pergi ketika saya keluar. Dan satu hal yang perlu anda ketahui, bahawa ANDA MESTINYA FOKUS PADA IMPIAN ANDA, BUKAN PADA UCAPAN ATAU TINDAKAN SAYA.


Lalu pujian ? Kamu mengharapkan pujian ? Ah, waktu itu kamu sedang bertumbuh. PUJIAN ITU SEPERTI PEDANG BERMATA DUA. ADA KALANYA MEMOTIVASIMU, BOLEH PULA MELEMAHKANMU. Dan faktanya saya melihat bahawa sebahagian besar PUJIAN YANG DIBERIKAN PADA SAAT SESEORANG SEDANG BERTUMBUH, HANYA AKAN MEMBUAT DIRINYA PUAS DAN PERTUMBUHANNYA BERHENTI. SAYA JUSTERU ITU LEBIH SUKA MENGACUHKANMU, AGAR HAL ITU BOLEH MEMBUATMU BERTUMBUH LEBIH CEPAT LAGI. Lagipula, pujian itu sepatutnya datang dari keinginan saya sendiri. TIDAK PATUT ANDA MEMINTA PUJIAN DARI ORANG LAIN”.


Anda lihat, ini sebenarnya hanyalah masalah remeh. Seandainya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia. MUNGKIN ANDA SAKIT HATI PADA WAKTU ITU, TAPI SAKIT HATI ANDA AKAN CEPAT HILANG APABILA ANDA BERLATIH KEMBALI. TAPI SAKIT HATI KERANA PENYESALAN ANDA HARI INI TIDAK AKAN PERNAH BOLEH HILANG SELAMA-LAMANYA …”.

Rasulullah SAW Dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya" . Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.a.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Mengingati Allah Membuat Hati Tenteram

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”

(QS. Ar-Ra’d: 28)

Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang penunjuk jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya, selain berzikir kepada Allah.

“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku(dengan mematuhi hukum dan undang-undang- Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan”

(QS. Al-Baqarah: 152)

Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumi-Nya. Maka siapa yang tidak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurga-Nya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kesusahan, kekesalan dan kegoncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kernenangan dan kebahagian hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan kembali beberapa pesan wahyu Allah. Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari anda, nescaya anda akan mendapatkan kedamaian hati dan ketenangan dalaman.

Dengan berzikir kepada Allah, gumpalan ketakutan, kekacauan, kecemasan dan kesedihan akan lenyap. Lebih dari itu, dengan berzikir kepada- Nya segunung tompokan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya.

Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengingat Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Adapun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu yang malah menyembah berhala-berhala dunia.

“Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan)”

(QS. An-Nahl: 21)

Wahai orang yang mengeluh kerana sukar tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana satu tragedi dan yang berduka kerana satu musibah, sebutlah nama Allah yang kudus.

“Adakah engkau mengetahui sesiapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?”

(QS. Maryam: 65)

Semakin banyak anda mengingati Allah, fikiran anda akan semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia dan nurani anda semakin damai sentosa. Hal itu kerana dalam mengingati Allah terkandung nilai-nilai ketawakalan kepada-Nya, keyakinan penuh kepada- Nya, kebergantungan diri hanya kepada-Nya, kepasrahan kepada-Nya, berbaik sangka kepada-Nya dan pengharapan kebahagiaan dari-Nya. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepada-Nya, sentiasa mendengar ketika diminta, dan senantiasa mengabulkan jika dimohon.

Rendahkan dan tundukkan diri anda di hadapan-Nya, lalu sebutlah secara berulang-ulang nama-Nya yang indah dan penuh berkat itu dengan lidah anda sebagai penjelmaan dari ketauhidan, pujian, doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepada-Nya. Dengan begitu, nescaya anda di atas berkat kekuatan dan pertolongan dari-Nya akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, cahaya penerang dan kegembiraan.

“Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya)”

(QS. Ali 'Imran: 148)

Sabtu, 9 Januari 2010

::Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik::

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu,
datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.

''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata

''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'
' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.

Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab
dengan tenang :

''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


> CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA

ASSALAMUALAIKUM....

Jumaat, 8 Januari 2010

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA......

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua `perlanggaran' . Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya. " Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

SUMBER: http://genta- rasa.com/ 2009/07/10/ mahkamah- hati/#more- 478

MALUNYA WANITA DALAM AL-QURAAN

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.




"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:



"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:


"Berhimpun pada hari sekian-sekian. "

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

SUMBER: http://akhisalman. blogspot. com/2009/ 09/malunya- seorang-wanita- islam.html

Selasa, 22 Disember 2009

IBRAHIM ADHAM

IBRAHIM ADHAM
IbrahimAdham pernah ditanya, “Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan , sedangkan ALLAH S.W.T telah mejanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?”
Jawab Ibrahim Adham, “Sebab hati kamu telah mati!”
Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim tadi, lantas bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan hati kami mati?”
Jawab Ibrahim Adham , “ kerana lapan perkara...

1) Kamu mengetahui hak ALLAH S.W.T tetapi kamu tidak melaksanakannya.
2) Kamu baca al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya.
3) Kamu katakana kamu cinta kepada Rasullah S.A.W
4) Kamu katakana kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap-siap menuju alam kubur.
5) ALLAH mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan ia sebagai musuh , tetapi kamu masih lagi membuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan .
6) Kamu katakana kamu takut akan api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu ke dalamnya .
7) Kamu katakan kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha supaya masuk ke dalamnya.
8) Kamu bangkit dari tempat tidur lalu kamuu sembunyikan aib – aib kamu sedang aib - aib kamu bentangkan dihadapan kamu .



“Kamu telah memusuhi Tuhan dan Pencipta kamu sendiri , maka bagaimana mungkin Dia memperkenankan doa kamu?”



PETIKAN DIPETIK DARI MAJALAH AL-ISLAM / BIL:433
DI SUNTING OLEH : AZHAR RAMLEE

Selasa, 15 Disember 2009

KISAH ABU DARDA YANG TEGUH HATI

ABU DARDA adalah seorang sahabat karib Rasullualh s.a.w yang banyak meriwayatkan hadis-hadis dari baginda. Diriwayatkan pada suatu hari, abu darda telah mendapat berita kampungnya telah terbakar dan mungkin rumahnya turut musnah. Namun beliau sedikit pun tidak terkejut apabila mendengar berita itu.
Beliau tidak tergesa-gesa untuk pulang. Sebaliknya Abu Darda menyelesaikan dahulu pekerjaannya. Setelah selesai barulah beliau berangkat pulang menuju ke kampungnya. Memikirkan akan jauh kampungnya itu, beliu tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumahnya dari dijilat api. Abu Darda hanya bertawakal kepada ALLAH kerana baginya hanya itu sahaja yang mampu dilakukan pada ketika itu.
Setelah sampai ke kampungnya, dia menjadi semakin sedar akan kekuasaan ALLAH apabila rumahnya sahaja yang terhindar dari kebakaran itu..

DEMIKIANLAH INDAHNYA KEKUASAAN ALLAH KE ATAS SESUATU.................

Selasa, 8 Disember 2009

MOTIVATION

MY MOTIVATION…………


CONFIDENCE…. It is not the mountain we conquer but ourselves….
WINNING… to be successful, you have to develop ahunger for it…..
TENACITY… giving up is ultimate tragedy….
IDEA… Idea comes when you are not aware….
QUALITY… when a man is no longer anxious to do better than well, he is done for……
IMITATION… no man ever yet became great by imitation….
TIME… Never put off till tomorrow what you can do today…..
ADVICE… Give help rather than advice….
INNOVATION… Success or failure is often determined on the drawing board…
WISDOM… wisdom is to understand that the world is ever-changing…..
TEAMWORK… where there is unity there is always victory….
EDUCATION… When the student is ready, the master appears….

Isnin, 23 November 2009

cinta....

CINTA

Cinta……
Apa maknanya itu…
Apa yang dicintai….
Apa yang menyitai….

Cinta….
Ia datang dan pergi…
Datang ibarat angin yang bertiup…
Pergi ibarat taufan yang melanda….

Cinta…
Adakah ia boleh di ertikan kejam….
Apakah yang mengatakan ia adalah kejam..
Apakah jalan penyelesaiannya….?

Cinta..
Carilah cinta yang sejati…
Yang hanya ada pada yang esa….
Carilah cinta yang hakiki….
Yang hanya ada padanya… ALLAH…

Cinta…
Cinta manusia hanya sementara…
Cinta manusia tidak kekal…
Cinta manusia hanya ada pada yang esa…




HASIL NUKILAN : AZHAR RAMLEE
TAJUK : CINTA
TARIKH :08 NOVEMBER 2009

OH KASIH...

OH KASIH



Oh Kasih……
Kau hadir dalam hidup ku…
Ibarat cahaya yang menerangi bumi…
Menemani diri ku ini……

Oh Kasih…..
Ku mohon maaf dari mu…
Cahaya yang kau terangkan selama ini..
Telah ku padamkan nya….

Oh Kasih……
ku pergi membawa diri……
Mencari keredhaan ilahi…
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi..

Oh Kasih..
Ku pergi mencari cinta abadi..
Ku pergi mencari cinta hakiki..
Ku pergi mencari cinta ilahi……..

Oh Kasih….
Salam maaf dari ku…
Salam terima kasih dariku…
Salam akhir dariku…. Kasih….




Hasil nukilan :AZHAR RAMLEE
TAJUK : OH KASIH…..
Tarikh :12.55 am/ 06 november 2009

NASIHAT AL-QAMAH.....5 CARA PILIH SAHABAT

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

PANDUAN INTERAKSI

Garis Panduan Interaksi Muslimin Dan Muslimat

1.0 Muqaddimah

Di dalam Surah Az-Zariyat, Allah menjelaskan secara umum bahawa dia telah menjadikan makhlukNya secara berpasangan. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan bagi setiap sesuatu, Kami telah ciptakan secara berpasangan."

Bagi memakmurkan dunia, Allah telah ciptakan pula makhluk manusia selaku pentadbir dunia ini secara berpasangan lelaki dan perempuan. FirmanNya yang bermaksud:

"Wahai manusia, Kami telah ciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan."

Pada masa yang sama, makhluk manusia yang berpasangan ini dibebankan pula dengan amanah dakwah Islam. Amanah ini merupakan satu tanggungjawab yang dipikulkan secara sama rata samada lelaki mahu pun perempuan. FirmanNya yang bermaksud:

"Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar."

Dalam menunaikan amanah amar ma'ruf dan nahi mungkar itu tadi, sudah tentu mereka memerlukan kepada perhubungan dua hala antara lelaki dan perempuan. Mereka akan saling berinteraksi dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Bagi menjamin da'wah tidak tercemar dan agama terus tersebar, maka Islam sebagai agama yang syumul turut membari garis panduan dan tunjuk ajar bagaimana muslimin dan muslimat berinteraksi antara sesama mereka. Mereka juga diberi tunjuk ajar bagaimana berinteraksi dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka bagi mencapai matlamat da'wah dan mengelak ruang fitnah.

2.0 Objektif Kertas Kerja

Kertas ini akan cuba melihat perkara di atas dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek yang menyentuh realiti da'wah di muka bumi UK dan Eire ini. Ia akan merangkumi aspek:

i) Interaksi sesama saf jemaah
ii) Interaksi dengan individu lain di luar jemaah
iii) Interaksi dengan non-muslim

Sejauh penelitian yang dilakukan terhadap teks Al-Quran dan As-Sunnah, tidak ditemui secara khusus teks yang menyentuh tentang tiga aspek di atas. Tetapi sebagai satu garis panduan umum untuk dijadikan asas perbincangan, ia bolehlah dirujuk kepada beberapa firman Allah s.w.t. seperti berikut:-

1. Surah An-Nur: 30-31
2. Surah Al-Ahzab: 52
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci."

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan menahan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Seterusnya dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab."

Pada kedua-dua ayat Surah An-Nur tadi, Allah telah menjelaskan garis panduan dan tatacara pergaulan antara orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Secara rumusannya Allah menggesa kedua-dua golongan tadi supaya masing-masing menjaga pandangan (samada dengan menundukkan pandangan mahupun memalimngkan ke arah lain) daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal untuk dipandang. Gesaan menjaga pandangan ini pula telah dilanjutkan dengan arahan supaya menjaga kehormatan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat. Dari mainan pandangan mata akan menghasilkan desakan kejiwaan yang tidak baik. Dalam erti, bila mana sesebuah masyarakat menjaga pandangan dari melihat perkara mungkar, maka masyarakat tersebut akan terpelihara daripada terjerumus ke dalam jurang kemusnahan dan hilangnya penghormatan diri.

Atas dasar inilah, Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram berpandangan antara satu sama lain justeru dibimbangi mendatangkan fitnah yang boleh mendorong kepada gejala kerosakan akhlaq yang lebih besar seperti penzinaan dan seumpamanya. Namun bagi pandangan yang tidak disengajakan ia tidak mendatangkan sebarang dosa, sebagaimana yang dimaksudkan dari sabda Rasulullah kepada Saidina Ali: "Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) sementara pandangan kedua pula adalah atasmu (berdosa)."

Daripada keterangan-keterangan tadi, jelas bagaimana Islam mengajar kita supaya menjaga pandangan kerana natijah dari pertembungan pandangan akan mendatangkan gangguan perasaan dan emosi yang mengajak untuk terus mengenali dan menyusuri lebih lanjut. Dengan demikina, kita lihat ulama' salaf menyifatkan pandangan mata sebagai panah yang berbisa sebagaimana pepatah Melayu juga pernah menyebut "dari mata turun ke hati".
Suruhan agar merendahkan pandangan sebenarnya bertujuan supaya jiwa dan hati setiap mukmin sentiasa terjaga dari gangguan dan noda yang boleh merosakkan hubungan kejiwaan dengan Allah s.w.t.

Seterusnya jika dilihat pula kepada tuntutan-tuntutan bagi para mukminat dalam ayat 31 tadi, mereka bukan sahaja dituntut supaya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan, namun lebih dari itu mereka dituntut supaya memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menzahirkan perhiasan kecuali kepada mahramnya. Gesaan ini berjalan seiring dengan tuntutan di atas tadi kerana semuanya itu jika diabaikan salah satu daripadanya, akan menyumbang kepada berlakunya kemusnahan dalam masyarakat.

Kedua-dua ayat tadi meskipun tidak menyentuh secara langsung tajuk perbincangan kita, namun beberapa panduan darinya dapat dipetik dan ia akan disentuh selepas selesai perbincangan umum terhadap maksud-maksud yang dikehendaki dari ayat-ayat berkaitan.

Ayat 53 surah Al-Ahzab secara keseluruhannya pula mengajar orang-orang yang beriman tatacara bertamu dan mengunjungi undangan Rasulullah s.a.w. Allah juga menjelaskan tatacara berinteraksi dengan para isteri Rasulullah s.a.w.. Ini dijelaskan menerusi ayat yang telah dipetik sebentar tadi yang bermaksud: "Dan jika kamu memiinta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang hijab. Itulah yang lebih membersihkan hati kamu dan hati mereka."

Melalui firman ini Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cara berhubung dan berinteraksi antara lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan para isteri Rasulullah s.a.w. (samada meminta sesuatu hajat atau menanyakan sesuatu) melalui belakang hijab. Arahan ini menurut Al-Qurtubi, meskipun ia berkait langsung dengan isteri-isteri Rasulullah namun terpakai kepada para muslimat kesemuanya.

Arahan itu tadi menggesa supaya interaksi yang berlaku antara muslimin dan muslimat (yang ajnabi) dilakukan dengan syarat 'berhijab'.

Hijab merupakan satu batasan yang telah ditentukan oleh syara' membatasi perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan pendinding menjamin interaksi boleh berlaku tetapi mesti berasaskan hijab. Ia tidak membawa maksud perhubungan tidak boleh berlaku, sebaliknya ia boleh terjadi, namun ia mestilah berasaskan hijab. Bagaimana boleh dijelaskan pengertian hujab di sini?

Ayat yang berkaitan dengan gesaan hijab atau menghubungi isteri Nabi melalui hijab hanya terdapat di dalam Surah Al-Ahzab. Sebelum ayat 53 ini, terdapat satu gesaan lain yag berkaitan rapat dengan topik ini iaitu ayat 33. Di dalam ayat 33 ini, Allah menggesa isteri Nabi dan para mukminat agar tidak berhias dengan perhiasan jahiliah. Selepas ayat 53 ini pula Allah, terdapat satu lagi ayat yang juga berkaitan dengan persoalan hijab, iaitu ayat 59. Menerusi ayat 59 Allah menggesa para isteri Nabi dan para mukminah agar melabuhkan jilbab/tudung mereka. Kedudukan ayat-ayat yang saling berkaitan ini mungkin akan dapat memberi gambaran sebenar pengertian hijab yang dimaksudkan oleh ayat 53 surah Al-Ahzab.

Suatu yang agak ketara dan sukar diterima kalau ayat 53 difahami bahawa para sahabat berinteraksi dengan isteri Nabi bagaikan berinteraksi dengan dinding. Mereka bukan bercakap dengan dinding. Kalaulah dinding itu yang dimaksudkan sebagai hijab, maka mungkinkah ia dibawa ke mana-mana dan pada setiap kali mereka ingin bercakap, dinding itu dibuka. Pada logiknya, ia bukan bermaksud begitu, sebaliknya mereka berkata-kata dan isteri nabi pun berkata-kata. Mereka bertanya dan isteri nabi memberi respond. Tinggal lagi ia berlaku dalam suasana hijab. Suasana dimana mereka dilarang berhias dan mengenakan wangian yang mengancam dan memperdengarkan bunyian perhiasan yang memungkinkan dibaca gaya gerak dan rentak mereka. Juga dalam keadaan masing-masing menjaga setiap butiran kata-kata supaya ianya tiada mendatangkan suasana yang boleh merangsangkan hubungan yang tidak islamik.

Kesimpulan ini ada asasnya kerana ayat yang berkaitan dengan hijab ini diletakkan di dalam surah Al-Ahzab. Surah ini adalah surah yang begitu dominan membicarakan perang Al-Ahzab. Kupasan ayatnya adalah dalam semangat jihad dan peperangan. Ini memberi pengertian bahawa hijab di sini tidak mungkin dimaksudkan dengan dinding dan tabir yang mesti digunakan pada setiap kali mereka berinteraksi. Ia sebaliknya mengandungi unsur-unsur spiritual dan penjagaan adab sertakan meraikan suasana. Unsur-unsur spiritual yang dimaksudkan ialah seperti berasaskan prinsip taqwa dan iman. Penjagaan adab pula seperti menjaga mata, menundukkan pandangan, menjaga aurat dan susila berwangi-wangian. Meraikan suasana ialah seperti bertemu di waktu yang sesuai dan tidak berseorangan yang boleh menimbulkan fitnah.

Setelah Allah s.w.t. mendatangkan arahan sedemikian, ia tidak didatangkan hukum semata-mata namun sebaliknya menyusulkan pula sebab hukum atau apa yang dinamakan sebagai 'illat' (sebab mengapa sesuatu hukum ditentukan). Dalam firmanNya yang menyusul kemudian, Allah menyebutkan yang bermaksud : "Dengan demikian ia akan membersihkan hati kamu dan hati mereka". Dengan erti bilamana interaksi dan hubungan itu berlaku dalam bentuk demikian, ia akan membersihkan hati kamu bersama, lebih terjaga kehormatan kamu dan lebih terhindar dari ruang fitnah.

Jika tata susila tadi dituruti dalam bermuamalah dan berinteraksi antara muslimin dan muslimat, maka akan terjaminlah keharmonian dan ketulusan hubungan serta terhindarlah dari ruang fitnah dan tohmahan. Demikian maksud tiga petikan ayat Al-Quran, yang secara tidak langsung menyentuh tajuk perbincangan ini.

Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:
1) Menjaga pandangan masing-masing
2) Menjaga adab-adab berpakaian di dalam Islam
3) Menjaga adab-adab percakapan
4) Meraikan suasana


3.0 Perincian Topik

Sebagaimana yang telah disebutkan di peringkat awaltadi, perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu seperti berikut:-

3.1 Pertama : Interaksi Sesama Saf Jamaah

Dalam menjalankan kerja-kerja Islam dan kehidupan berjemaah, sudah tentunya timbul keperluan untuk berinteraksi antara muslimin dan muslimat. Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Untuk itu ia berlaku di berbagai-bagai tempat dan peringkat serta melalui berbagai-bagai media interaksi. Kadang-kadang dalam majlis yang agak rasmi seperti mesyuarat, pertemuan-pertemuan mingguan, bulanan dan seumpamanya, lalu bersapa antara satu sama lain. Sebagaimana juga kadang-kadang interaksi berlaku secara lisan atau tulisan, samada dengan menggunakan telefon, e-mail dan lain-lain.

Namun kesemuanya itu diikat dengan segala tatasusila dan peraturan yang disebutkan tadi. Lebih-lebih lagi bila mana yang terlibat adalah anggota jamaah Islam yang menjunjung amanah amal Islami. Dengan kata lain, bila mana berlaku interaksi dengan anggota jamaah, muslimin dan muslimat seharusnya masing-masing menjaga pandangan dari berpandangan secara tidak munasabah antara satu sama lain. Selain itu kita seharusnya juag menjaga butiran perkataan yang digunakan supaya ianya tidak melibatkan yang tidak sesuai seperti gurauan dan seumpamanya. Gaya bahasa dan lenggok suara yang digunakan juga tidak sepatutnya sengaja dilunakkan. Pendeknya biar percakapan tersebut ringkas, padat, bermanfaat dan mencapai matlamat.

Selanjutnya, dalam berinteraksi seboleh mungkin terdapat hijab yang boleh mengalang berlakunya pandangan terus dan langsung antara muslimin dan muslimat. Dengan demikian antara amalan biasa yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat jamaah adalah dengan menggunakan tabir semasa berkomunikasi. Namun bila amalan ini mula terpakai, terdapat pula anggapan yang keterlaluan bila mana terdapat di kalangan anggota jamaah yang mengambil sikap untuk tidak mahu berinteraksi kecuali di belakang tabir kerana yang selainnya dianggap tidak syar'ie. Kita seharusnya sedar bahawa dalam beberapa realiti tertentu kadang-kadang amalan tersebut tidak mungkin berlaku, seperti misalnya pengendalian mesyuarat yang diadakan di bilik-bilik tutorial, bilik-bilik mesyuarat dan seumpamanya. Dalam keadaan sebegini tabir tidak mungkin sama sekalidapat digunakan, anmun mesyuarat mesti juga berlangsung. Menghadapi realiti ini, Islam tidak sepatutnya dilihat sebegitu 'rigid' sehingga tidak memberi sebarang keluasan. Namun seharusnya mesyuarat tersebut terus berjalan dalam suasana terkawal dan terjaga di mana kesemua ahlinya menjaga adab-adab berpandangan dan berinteraksi sebagaimana yang dijelaskan sebentar tadi.

Selain pertemuan rasmi seperti di atas, kadang-kadang interaksi juga berlaku secara tidak langsung, misalnya semasa berlangsungnya program terdapat keperluan untuk mendapatkan atau memberikan maklumat antara sahabat-sahabat yang terlibat. Tidaklah bersalahan untuk mereka berinteraksi sekadar memenuhi keperluan semasa yang mendesak, walaupun tanpa menggunakan sebarang tabir, kerana yang menjadi hijab di antara mereka ialah adab dan tatasusila yang mereka awasi semasa berinteraksi. Dengan menjaga pandangan masing-masing semasa nerinteraksi sudah dikira sebagai mempunyai hijab di antara mereka.

Selain interaksi lisan dan berdepan antara mulsimin dan muslimat, kadang-kadang ianya juga melibatkan interaksi lisan melaui telefon, interaksi melalui note, surat, e-mail dan seumpamanya. Dalam apa keadaan sekalipun syarat dan keperluan yang disebutkan tadi mesti dijaga kerana jika tidak tidak kerana tugas dan amanah amal Islami yang kita pikul, tidak akan ada sebab dan alasan yang mengharuskan kita berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Jangan pula oleh kerana kita mempunyai peluang berinteraksi maka kita pula mengambil peluang untuk berinteraksi secara tidak syari'e, kerana sememangnya ruang untuk berlaku demikian amat luas dan senang. Dari itu amanah dan ketaqwaan dalaman adalah yang menjadi benteng kepada jatidiri anggota jamaah.

Pendeknya Islam telah mengemukakan beberapa prinsip asas dalam berinteraksi namun pemakaiannya terhenti kepada keperluan, kebijaksanaan dan tuntutan yang ada. Salagimana interaksi yang berlaku meraikan prinsip yang dikemukan, selagi itulah ianya boleh disifatkan sebagai syari'e sekalipun berlaku dengan beberapa bentuk pengubahsuaian yang sesuai dengan keperluan dan realiti semasa yang wujud.

3.1 Kedua : Interaksi antara muslimin dan muslimat di luar jamaah2

Dalam berinteraksi sesama muslimin dan muslimat di luar jamaah, 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu:

1) Niat
Di dalam apa jua keadaan dan situasi ia mestilah diniatkan kerana Allah taala.

2) Matlamat
Tujuan sebenar interaksi mestilah jelas dan hanya melibatkan perkara-perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran, perbincangan kes dan soal-soal pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpandanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Dalam menentukan sejauh mana interaksi kita tidak melewati batas-batas syara', diperturunkan di sini 2 kaedah hukum seperti mana yang digariskan oleh para ulama' fiqh:

1) Sesuatu perkara yang dilarang atau diharamkan di dalam garis panduan umum boleh menjadi harus apabila wujud keperluan yang munasabah (darurat). Contohnya memperlihatkan aurat di dalam rawatan perubatan atau sebagai bukti di dalam mahkamah.

2) Sesuatu perkara yang harus boleh menjadi haram apabila wujud kemungkinan timbulnya fitnah samada di pihak muslimin, muslimat atau kedua-duanya. Sesungguhnya kejahatan fitnah itu lebih buruk gejalanya daripada membunuh.

Perhatian:

Seringkali kita menerima sapaan atau tegurandari seorang yang kurang arif dengan garis panduan umum di atas. Jawablah sekadar perlu untuk mengetahui tujuannya. Jika tiada apa-apa keperluan yang munasabah, minta izin untuk beredar. Seandainya tujuannya penting atau menepati syara', tetapi institusi sekeliling boleh menimbulkan fitnah, cuba untuk tangguhkan perbincangan ke suatu masa dan keadaan yang tiada faktor-faktor tersebut.

3.3 Ketiga : Interaksi dengan orang bukan Islam
Secara umumnya, kita sebagai orang yang arif mengenai hukum asas dalam berinteraksi mesti berpegang kepada garis panduan yang telah ditetapkan dan seboleh-bolehnya menerangkan atau menyampaikan kepada orang yang bukan Islam yang kita berinteraksi dengannya. Inilah masanya kita mempamerkan keindahan dan keunikan Islam dalam memelihara umatnya dari gejala sosial.

Beberapa kelonggaran diberikan, asal tidak menjatuhkan maruah kita atau merendahkan imej Islam, di dalam beberapa keadaan yang subjektif, antaranya:

1) Tiada peluang untuk menerangkan prinsip-prinsip interaksi Islam.
2) Jika berpegang kepada prinsip-prinsip umum boleh menganiaya orang bukan Islam tersebut.
3) Jika situasi yang dialami termasuk di dalam kategori darurat.

Ahad, 8 November 2009

SEPULUH SEBAB DOA KITA DITOLAK

1. KAMU MENGENAL ALLAH, TETAPI KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-HAKNYA.

2. KAMU BERKATA BAHAWA KAMU CINTA KEPADA RASULLUAH S.A.W TETAPI KAMU TINGAL SUNNAHNYA.

3. KAMU TELAH MEMBACA AL-QURAN TETAPI KAMU TIDAK AMAL DENGANNYA..

4. KAMU TELAH MENGGUNAKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH, TETAPI KAMUTIDAK BERSYUKUR PADANYA..

5. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH KAMU, TETAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA.

6. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA SYURGA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.

7. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA NERAKA ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK LARI DARINYA.

8. KAMU TELAH BERKATA BAHAWA MATI ITU BENAR, TETAPI KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA…

9. KAMU BANGUN DARI TIDUR LALU KAMU MENCERITAKAN SEGALA KEAIBAN ORANG LAIN TETAPI KAMU LUPA TENTANG KEAIBAN KAMU SENDIRI.

10. KAMU KEBUMIKAN MAYAT SAHABAT KAMU, KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKHTIBAR DARI KEMATIAN NYA……..

TEMAN.. TEMAN..

TEMAN……


Teman..
Disini bermulanya satu pertemuan…
Disini kita berkumpul bersama…
Disini berakhirnya kisah kita…

Teman…
Ingatilah daku dalam ingatanmu..
Ingatilah peristiwa kita lalui bersama..
Ingatilah segala-segalanya….
Moga ia mekar dalam kenangan bersama..

Teman…
Bersama kita harungi pejuangan ini….
Berjuang demi mencapai cita yang satu..
Berjuang hingga ke titisan yang akhir…


Teman…
Hidup ini hanya sementara…
Andainya aku pergi dulu…..
Ku memohon maaf dari mu…

Teman…
Kiranya waktu sekejap itu mejadi kenangan yang terakhir…
Ingatilah diriku selagi engkau mampu…

Teman…
Jika masa mendatang memisahkan kita..
Setelah bertahun keakraban yang telah dibina…
Ukirlah secebis tentang diriku ini di hati mu….
Agar nanti tika bersua engkau masih mengiti diriku ini……








Hasil nukilan : AZHAR RAMLEE
Tajuk : TEMAN…..
Tarikh : 2.01 a.m /06 november 2009